Hope

Bahasa: Inggeris
Penulis: Ariff Khairuddin
Jumlah Muka Surat : 96

20 orang anak muda tempatan, 7 buah ambulans tajaan rakyat Malaysia, 5 buah negara Eropah dilalui; United Kingdom, Perancis, Itali, Greece dan Bulgaria. Lebih 3,200 km perjalanan, 6 kali ditahan pihak berkuasa dan Satu matlamat. BBC News mengangkat kisah ini sebagai konvoi kenderaan penyelamat terbesar yang pernah dibawa dari United Kingdom.

Travelog kemanusiaan berbahasa Inggeris yang diterjemah dari karya asal bertajuk ‘Hadiah Buat Nur’ ini terbina daripada pengalaman penglibatan peribadi penulis dalam misi menghantar ambulans yang dipandu sendiri melalui laluan darat dan laut negara Eropah. Setiap bab digarap dengan pelbagai konflik, meletakkannya di dalam posisi kisah benar yang wajib untuk dibaca.

Perjalanan ribuan kilometer itu sudah tentu tidak lengkap tanpa ujian. Bermusafir di negeri asing, berhadapan isu iklim dan budaya masyarakat tempatan yang berbeza, menelusuri dunia yang didoktrin dengan persepsi Islamofobia, pengorbanan para sukarelawan dari pelbagai negara ini memerlukan kekuatan dan ukhwah yang hebat.

Ambulans hanyalah sebuah kenderaan beroda empat tetapi disebalik bongkah besi ini ternyata memberikan sedikit sinar harapan kepada rakyat Syria untuk terus sabar melalui dugaan Tuhan yang maha hebat ini dan tidak tahu bila ianya akan berakhir.

HOPE adalah kisah benar yang memberikan banyak pengajaran makna cekal dan sabar terutama dalam membantu manusia lain termasuk pelbagai insiden peribadi disepanjang perjalanan. Pastikan buku yang penuh inspirasi ini menjadi milik anda!

RM22.00